Isnin, 17 Mei 2010

Mainan Politik Melayu

Semua kita sebagai rakyat Malaysia telah mengetahui keputusan PRK di Sibu, Serawak baru lepas beberapa hari. Walau pu terdengar riuh rendah cerita diakbar dan media tempatan REALITI sebenarnya tidak sepertti yang digembar gemburkan terutama di sebelah BN sendiri. Walau pun beberapa orang menteri turun padang termasuk PM sendiri untuk memastikan kemenangan namum hakikiat sebenar rata-rata amat arif dengan bakal keputusan yang akan diumumkan, malah tiada sebarang kejutan pun .

REALITInya cakap-cakap dikedai kopi terdengar dengan amat jelas rungutan terutama orang Melayu berbisik-bisik sesama mereka tentang mainan poltitik oarng Cina Malaysia. Yang paling jelas keputusan bisik-bisik dan cakap-cakap kedai kopi ialah betapa bodohnya orang Melayu dlan mainan politik hari ini, kedengaran juga cakap-cakap kemana arah anak cucu cicit orang Melayu kelak jika senario politik masih tidak berubah.

Betapa juta dan billion sekali janji kerajaan BN untuk Sibu tetapi tidak cukup untuk mengubah atau dengan lebih jelas menarik undi menyokong BN. REALITI sebenarnya walaupun orang-orang Cina Malaysia ada MCA, Gerakan dan DAP namun undi mereka amat jitu terutama dikawasan yang majoriti orang CINA, malah sudah kedengaran lama BN tidak akan mengambil alih Pulau Pinang dari tangan DAP walau pun dijanjikan ' Jambatan Yang ke 3' . Begitu juga diNegeri Perak.amat sukar BN mandapat undi dari orang Cina dalam PRU ke 13 nanti. Mengapa dan kenapa ? Pakat-pakatlah kita berfikir...........wsalam.

1 ulasan:

  1. Perkara biasa jika qamai anak2 Melayu belum sedar atau peka apa yang berlaku dalam politik Malaysia hari ini, ramai yang ingin menjadi seperti Hang Jebat suka memberontak tak tentu pasal dan mengikut pun sama tak tentu pasal...............dulu ramai yang menjadi pengikut DSAI sekarang sudah berkurangan mendadak, yang menjadi tandatanya kemana mereka ini.ikut UMNO ke Pas ke atau ada parti baru lagi..yang jelas mereka belum sedar dan berubah, bak kata pepatah ' Bila terantuk nanti baru nak terngadah '

    BalasPadam