Ahad, 10 Oktober 2010

Kenyataan SU Agung UMNO Malaysia

qamai jugak yang terkejut dan tidak sama sekali menyangka bahawa SU UMNO akan mengeluarkan kenyataan betapa lesu dan lembiknya PEmuda dan Puteri UMNO masa ini. Dan saya juga tak ketinggalan menonton feedback dari Ketua Puteri dan Ketua Pemuda mengenai kenyataan ini.ada yang kata tak patut dan ada yang kata perlu fokus kenyataan kepasda sesuatu..............

Bagi saya apa yang amat menarik adalah kenyataan SU Agung UMNO ini sepatutnya sudah lama dikeluarkan, ini disebabkan REALITInya memeang benar kalau kita jejaki keseluruhan UMNO Bahagian, Ketua Bahagian dihayun mimpi dengan cerita dan pmong2 kosong Ketua2 seperti  Pemuda, dan Puteri.Tetapi yang jelas di cawangan2 UMNO memang ketara sekali aa yang dinyatakan oleh Tengku Adnan itu sendiri. Ada sewtengah2 UMNO Bahagian pergerakan Pemuda dan Puteri hanya UJUD masa ketika Ketua Bahagian berada di satu2 tempat atau program.lepas prohgram hampas kata orang Perak.

Kalau  kita lihat di Negeri Kedah saya pergerakan UMNO mmg ujud sebegini ketika ada majlis sahaja itu pun dapat dilihat pada Pakaian Seragam yang mereka pakai ketika itu. DiCawanganb2 pemuda dan puteri tak dapat dinilai lansung kehadiran mereka malah untuk mendapat korum mesyuarat pun agak sukar sekali.

Apa yang ingin dijelaskan disini adala sebenaaaaaaaaaar dan realitinya UMNO SEBENARNYA BELUM BERUBAH WALAUPUN PERLEMBAGAANNYA SUDAH BERUBAH.

Rabu, 11 Ogos 2010

Nasib Melayu Pulau Pinang Akan Sama Seperti Palestin Di Gaza.

Ramai kita telah melihat dan juga mendengar apa yang berlaku dan menimpa Nasib peniaga2 Melayu Pualau Pinang di Komtar khasnya........lain2 tempat akan menjadi sama satu hari nanti.

Kenapa ini semua berlaku ....seperti yang kita sedia maklum atau segaja takmau faham (disebabkan Taksub)ambil tahu. Ramai juga kenalan dan ahli politik bersuara bahawa dalam PRU akan datang Pualau Pinang tak akan dimenangi oleh BN. Realiti yang amat tepat sekali dan patut diambil iktibar oleh BN sewndiri.............apa yang Gearakan dan MCA telah buat untuk memenangi BN kelak ?  sebenarnya tak ada pa pun yang boleh dibuat oleh baik MCA mau puan Gerakan, jika apa pun yang akan mereka buatkan kelak hanya semata2 membantu kaum Cina itu sendiri padahal hakikatnya mereka tahu agak sukar untuk BN menang.
Apa tindaktanduk yang berlaku sekarang , apa yang dibuat oleh Lim Guan Eng sendiri adalah menekan Bangsa Melayu ..hanya ini sahaja yang akan mendapat sokongan kaum Cina dalam PRu akan datang,untuk memastikan perkara ini menjadi realiti.maka tugas Guan Eng sekarang adalah menekan dan terus menekan Melayu (hanya ini yang disukai oleh Pelampau Cina) untuk merealitikan Melayu Pulau Piang akan sama dengan Melayu Singapore.

Sama- sama kita berfikir dan mendalami iktibar

Selasa, 13 Julai 2010

Ngomel Yang Tersirat dan Tersurat Politik UMNO Kedah.

Yang Tersirat semua sedia maklum PRU13 hanya PM sahaja yang tahu bila, tetapi agak ramai juga hampir disetiap bahagian UMNO ada yang sudah melobi , yang berangan malah ada yang bertungkus lumus bertugas untuk menunjukan kepada umum beliau juga memang layak nakal YB, soal samaada BN akan menang lansung tak diambil kira. Dibahagian Selatan Kedah contohnya sudah ada beberapa kerat yang melobi diri sendiri, menonjolkan diri sebagai calon YB dalam PRU akan datang. Pihak atasan dalam UMNO tidak memperduli mereka2 yang bercita2 besar begini, tetapi bak kata pepatah mereka ini bagai bak kata pepatah Hidung Tak Mancung Tapi PIpi Tersorong-sorong.Malah sehingga ada cerxca mencerca u dan si ini.

Itulah yang tersirat dihati mereka yang bercita tinggi walaupun realiti 100 peratus dimata hati rakyat mereka ini memang tidak layak.Yang tersurat belum menjadi kenyataan apa2 pun, mana pucuk pimpinan di bahagian2 UMNO pun tidak memikirkan soal ini.Paling jelas yang tersurat apa yang berlaku dalam Perwakilan UMNOI Bahagian Sungai Petani pada 11 Julai 2010 yang lalu. Realiti sebenar tidak siapa pun menduga kekecuhan sebegini boleh berlaku  sehingga terdapat sampai 3 AMT yang menjadi pemerhati ketika perwakilan bahagian ini berjalan. Sungai Petani bahgian UMNO dalam negeri Kedah yang selalu bergolak dan tak henti2 bergolak.Pimpinan UMNO harus mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah sebegini, dalam UMNO bahagian lain pun ada terdapat masalah seperti yang terdapat di Sungai Petani cuma kemungkinan besarnya ahli2 UMNO bahagian lain lebioh sayangkan UMNO selaras dengan cogankata Bersatu Bersetia Berkhidmat.

Tapi apa pun saya berpendapat dalam UMNO bahagian saolah2 telah nampak sedikit perubahan hasil kesedaran ahli2 di atas kekalahan BN kepada PR dalam PRU yang lalu. Realiti sudah terdapat beberapa UMNO bahagian yang sudah menjalankan persidangan perwakilan masing2 menunjukkan sifat tolak ansur antara mereka baik yang duduk di atas maun pun yang duduk di bawah. Bahagian Alor Setar yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah contohnya walaupun pada asalanya terdapat sehingga 20 orang calon yang ingin menjadi wakil ke Pergong pada bulan Oktober ini pada saat2 akhir ketika ajenda pemilihan G7 ini hanya gam2 7 calon sahaja yang tinggal dan otomatiknya mereka ini menang tanpa bertanding, begitu juga dengan apa yang terjadi di UMNO Bahagian Sik.

Apa yang tersirat ialah bagaimana Ketua UMNO Bahgian Kulim/ Bandar Baharu sejak  sejak dipimpin oleh Kadiaq (sekarang Tan Seri) dapat mengawal keseluruhan ahlinya bertahun2 lama sehingga acapkali ada pemilihan tiada pertandingan malah persidangan perwakilan hanya berjalan dalam jangka masa yang cukup singkat, singkat dari majlis perasmian itu sendiri.Dulunya ada juga mereka yang cuba2  untuk memecahkan tradisi meneng tanpa bertanding ini (kononya  tak demokratik kata mereka, akhirnya mereka2 ini tersungkur dan terkambus juga) Soalnya apakah sikap dan naluri yang ada pada keseluruhan ahli2 UMNO, mereka2 ini menjadi adakah untuk berjuang untuk anak cucu mereka kelak atau untuk mencari peluang2 tertentu dalam UMNO.

Jika diuruti Perlembagaan UMNO itu sendiri sudah tersurat soal Bersetia Bersatu dan Berkhidmat, namum semua ini dilemparkan ketepi, ajenda peribadi menjadi utama dengan dorongan hawa nafsu untuk menjadi hero kepada kumpulan2 tertentu sahaja. Saya agak rapat juga dengan kebanyakkan ketua2 UMNO dalam bahagian Kulim/ Bandar Baharu, rata2 yang kenali baik yang baru maupun yang mereka2 ini menjadi ketua sekadar sayangkan UMNO itu sendiri, kalu diikutkan hati mereka ingin melepaskan jawatan sahaja dan menumpukan pada soal ibadat, tetapi disebabkan ada terdapat juga puak2 yang bernafsu tinggi melobi sana sini siang malam , mereka2 ini gagah juga padahal hakikatnya tidak menjadi ketua 200 kali lebih baik, ada yang kurang terluang masa untuk keluarga dan untuk menambah pendapatan sendiri (lebih2 lagi ketika kalah  ini)  . Kebanyakkan ketua2 cawangan ini sudah tua dan tersangat tua, sehingga menjadi modal mereka2 yang muda yang bercita2 tinggi untuk mangambil alih tempat mereka ini. Realiti sesiapa saja yang menjadi ketua dan bila tua kelak tiada siapa yang akan mengenang dan kenang jasa mereka, malah ada yang sudah meninggal dunia keluarga mereka lansung tak diambil tau oleh UMNO sendiri, tidak ada siapa2 pun yang diatas menjadkan mereka ini ajenda no 1 atau no 3.

mohon berhenti rehat , akan disambung kelak.Insyallah.

Ahad, 4 Julai 2010

Bagaimana BN Memenangi Semula Kedah.

Asalamualaikum..............

Dimana-mana sekali pun dalam kepada PEMIMPIN TERTINGGI  UMNO agenda utama mereka hanyalah untuk memenangi atau mengambil alih semula Negeri- Negeri yang jatuh ketangan pembangkang dalam PRU12 yang lalu.  Masamkini rata-rata dalam Negeri Kedah UMNO sedang gita menambah bilangan pengundi yang akan mengundi BN. Bgi UMNo inilah realiti untuk merampas kembali Kedah, bagi BN tak jauh bezanya dengan UMNO...cuma dalam MCA perkara ini tidak berapa serius bagi mereka, begitu juga dengan MIC dan  PPP (masih bertelingkah sesama mereka) .

Dikawasan Parlimen Kulim Bandar Baharu misalnya baik MCA mau pun MIC mereka umpama tidak ada percaturan untuk membantu BN memenangi  dalam PRU akan datang, yang paling sibuk hanyalah UMNO sendiri. Tapi Realitinya UMNO sendiri saolah2 masih ditakuk lama, malah untuk mengharap angka sokongan pengundi yang tidak memangkak BN dalam PRU ke 12 yang lalu masih belum jelas dan masih kabur sebagaimana Laporan Sikap yang diserahkan oleh kepada pihak atasan.

Jabatan  dan Agensi  Kerajaan yang amat diharapkan untuk membantu Kerjaan Pusat juga masih tidak berubah, masing-masing seperti Enau Dalam Belukar, sikap  pihak atasan dalam Jabatan dan Agensi seperti dulu juga walau pun ada KRA yang diperkenalkan oleh Najib. SDO sebagai agen Jabatan Perdana Menteri sendiri saolah-olah tugas mereka untuk mengekalkan Pakatan Rakyat dalam PRU yang akan datang. Contohnya di Parlimen Kulim/ Bandar Baharu sendiri masih terlalu banyak projek2 kecil untukmasyarakat belum diluluskan , ini amat mendukacita JKKKP (UMNO) untuk menarik pengundi menyokong BN.

Saya secara ikhlas ingin menyarankan agar pihak atasa memandang sirius perkara- perkara berikut;

1. Ambil tindakan kepada kakitangan Kerajaan PUSAT yang terang2 menyokong malah ada yang sabotaj
    dan turut  mengempen Pembangkang seperti GURU2 (60 % menyokong Pembangkang hingga saat ini),
    apakah Menteri Pelajaran sendiri sebagai TPM tak mendapat makluman dalam hal ini, begitu juga dengan
    RISDA, FELCRA dan  KEDA.

2. Ujudkan JKKKP disetiap kampung yang ada (telah dilakukan dengan mudah oleh Pakatan Rakyat walau
    pun mereka tidak berwang), inilah perbedaan antara Pembangkang (PAS) dan BN, dapat kuasa mereka
    akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan kuasa mereka walaupun pada hahikatnya MKK yang mereka
    ujudkan lansung tidak berfungsi membantu rakyat, berbeda dengan BN.

3. Hentikan dari melaksanakan projek2 besar yang tidak memberi faedah lansung kepada masyarakat
    terutama Melayu seperti jalanraya.Dalam Parlimen Kulim/ Bandar Baharu dalam Mukim Sungai Batu dan
    Mukim Selama jalanraya bari dibina dengan tidak mendatangkan faedah kepada penduduk setempat, saya
    difahamkan projek jalanraya ini lulus atas permintaan Pengarah JKR Negeri yang memang asalnya dari
    Mukim Sungai Batu sendiri , untuk makluman semua jalan ini masa ini hanya digunakan oleh LEMBU2
    TERNAKAN UNTUK MEMBUANG NAJIS MEREKA PADA TIAP HARI. Inilah sikap Pengawai
    Kerajaan yang tidak PEKA dengan hasrat UMNO  dan hasilnya rakyat membenci UMNO dan megundi
    Pembangkang.

Sama-samalah kita fikir2 dan bak kata Nabil LU FIKIR LA SENDIRI.........................salam dan jumpa lagi.

Jumaat, 18 Jun 2010

Selamat Bersidang UMNO

Bulan ini sudah selesai semua cawangan2 umno bersidang baik puteri, pemuda maun pun wanita. Soal cukup korum seperti yang dipinda dan disarankan dalan Pindan Perlembagaan UMNO tahun lepas tidak begiti penting, yang sahihnya cawngan2 UMNO di kampung mau desa masih lagi ditakuk lama walaupun laporan perangkaan bebas ramai rakyat menyokong NAjib . Dari mana analisa ini dibuat kita pun tak kisah tetapi realitinya di kampung2 masih seperti zaman Pak Lah juga.........Projek2 Pembangunan kurang dilaksanakan walaupun ada permintaan dari JKKKP untuk kepentingan masyarakat terutamanya Melayu.

Ketua2 UMNO di kampung realitinya tidak dapat berbuat apa jugak, permohonan mereka untuk apa jua lagi memakan masa untuk diluluskan, yang jelas Projek JKR memeang jelas terdapat dimana-mana pun terutama pembinaan jalan2 baru.............WALAU PUN REALITINYA orang kampung tak dapat daedah dari pembinaan tersebut. Segaka bentuk projek jalan baru entah siapa yang rancang tiba2 je lulus malan UMNO2 bahagian sendiri terkeip2 mata melihat projek tersebut dijalankan.

realiti UMNO belum ada perubahan, perubahan ada hanya pada perlembagaan dan tokoh2 di atas2 sahaja.

Isnin, 17 Mei 2010

Mainan Politik Melayu

Semua kita sebagai rakyat Malaysia telah mengetahui keputusan PRK di Sibu, Serawak baru lepas beberapa hari. Walau pu terdengar riuh rendah cerita diakbar dan media tempatan REALITI sebenarnya tidak sepertti yang digembar gemburkan terutama di sebelah BN sendiri. Walau pun beberapa orang menteri turun padang termasuk PM sendiri untuk memastikan kemenangan namum hakikiat sebenar rata-rata amat arif dengan bakal keputusan yang akan diumumkan, malah tiada sebarang kejutan pun .

REALITInya cakap-cakap dikedai kopi terdengar dengan amat jelas rungutan terutama orang Melayu berbisik-bisik sesama mereka tentang mainan poltitik oarng Cina Malaysia. Yang paling jelas keputusan bisik-bisik dan cakap-cakap kedai kopi ialah betapa bodohnya orang Melayu dlan mainan politik hari ini, kedengaran juga cakap-cakap kemana arah anak cucu cicit orang Melayu kelak jika senario politik masih tidak berubah.

Betapa juta dan billion sekali janji kerajaan BN untuk Sibu tetapi tidak cukup untuk mengubah atau dengan lebih jelas menarik undi menyokong BN. REALITI sebenarnya walaupun orang-orang Cina Malaysia ada MCA, Gerakan dan DAP namun undi mereka amat jitu terutama dikawasan yang majoriti orang CINA, malah sudah kedengaran lama BN tidak akan mengambil alih Pulau Pinang dari tangan DAP walau pun dijanjikan ' Jambatan Yang ke 3' . Begitu juga diNegeri Perak.amat sukar BN mandapat undi dari orang Cina dalam PRU ke 13 nanti. Mengapa dan kenapa ? Pakat-pakatlah kita berfikir...........wsalam.