Ahad, 4 Julai 2010

Bagaimana BN Memenangi Semula Kedah.

Asalamualaikum..............

Dimana-mana sekali pun dalam kepada PEMIMPIN TERTINGGI  UMNO agenda utama mereka hanyalah untuk memenangi atau mengambil alih semula Negeri- Negeri yang jatuh ketangan pembangkang dalam PRU12 yang lalu.  Masamkini rata-rata dalam Negeri Kedah UMNO sedang gita menambah bilangan pengundi yang akan mengundi BN. Bgi UMNo inilah realiti untuk merampas kembali Kedah, bagi BN tak jauh bezanya dengan UMNO...cuma dalam MCA perkara ini tidak berapa serius bagi mereka, begitu juga dengan MIC dan  PPP (masih bertelingkah sesama mereka) .

Dikawasan Parlimen Kulim Bandar Baharu misalnya baik MCA mau pun MIC mereka umpama tidak ada percaturan untuk membantu BN memenangi  dalam PRU akan datang, yang paling sibuk hanyalah UMNO sendiri. Tapi Realitinya UMNO sendiri saolah2 masih ditakuk lama, malah untuk mengharap angka sokongan pengundi yang tidak memangkak BN dalam PRU ke 12 yang lalu masih belum jelas dan masih kabur sebagaimana Laporan Sikap yang diserahkan oleh kepada pihak atasan.

Jabatan  dan Agensi  Kerajaan yang amat diharapkan untuk membantu Kerjaan Pusat juga masih tidak berubah, masing-masing seperti Enau Dalam Belukar, sikap  pihak atasan dalam Jabatan dan Agensi seperti dulu juga walau pun ada KRA yang diperkenalkan oleh Najib. SDO sebagai agen Jabatan Perdana Menteri sendiri saolah-olah tugas mereka untuk mengekalkan Pakatan Rakyat dalam PRU yang akan datang. Contohnya di Parlimen Kulim/ Bandar Baharu sendiri masih terlalu banyak projek2 kecil untukmasyarakat belum diluluskan , ini amat mendukacita JKKKP (UMNO) untuk menarik pengundi menyokong BN.

Saya secara ikhlas ingin menyarankan agar pihak atasa memandang sirius perkara- perkara berikut;

1. Ambil tindakan kepada kakitangan Kerajaan PUSAT yang terang2 menyokong malah ada yang sabotaj
    dan turut  mengempen Pembangkang seperti GURU2 (60 % menyokong Pembangkang hingga saat ini),
    apakah Menteri Pelajaran sendiri sebagai TPM tak mendapat makluman dalam hal ini, begitu juga dengan
    RISDA, FELCRA dan  KEDA.

2. Ujudkan JKKKP disetiap kampung yang ada (telah dilakukan dengan mudah oleh Pakatan Rakyat walau
    pun mereka tidak berwang), inilah perbedaan antara Pembangkang (PAS) dan BN, dapat kuasa mereka
    akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan kuasa mereka walaupun pada hahikatnya MKK yang mereka
    ujudkan lansung tidak berfungsi membantu rakyat, berbeda dengan BN.

3. Hentikan dari melaksanakan projek2 besar yang tidak memberi faedah lansung kepada masyarakat
    terutama Melayu seperti jalanraya.Dalam Parlimen Kulim/ Bandar Baharu dalam Mukim Sungai Batu dan
    Mukim Selama jalanraya bari dibina dengan tidak mendatangkan faedah kepada penduduk setempat, saya
    difahamkan projek jalanraya ini lulus atas permintaan Pengarah JKR Negeri yang memang asalnya dari
    Mukim Sungai Batu sendiri , untuk makluman semua jalan ini masa ini hanya digunakan oleh LEMBU2
    TERNAKAN UNTUK MEMBUANG NAJIS MEREKA PADA TIAP HARI. Inilah sikap Pengawai
    Kerajaan yang tidak PEKA dengan hasrat UMNO  dan hasilnya rakyat membenci UMNO dan megundi
    Pembangkang.

Sama-samalah kita fikir2 dan bak kata Nabil LU FIKIR LA SENDIRI.........................salam dan jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan