Selasa, 13 Julai 2010

Ngomel Yang Tersirat dan Tersurat Politik UMNO Kedah.

Yang Tersirat semua sedia maklum PRU13 hanya PM sahaja yang tahu bila, tetapi agak ramai juga hampir disetiap bahagian UMNO ada yang sudah melobi , yang berangan malah ada yang bertungkus lumus bertugas untuk menunjukan kepada umum beliau juga memang layak nakal YB, soal samaada BN akan menang lansung tak diambil kira. Dibahagian Selatan Kedah contohnya sudah ada beberapa kerat yang melobi diri sendiri, menonjolkan diri sebagai calon YB dalam PRU akan datang. Pihak atasan dalam UMNO tidak memperduli mereka2 yang bercita2 besar begini, tetapi bak kata pepatah mereka ini bagai bak kata pepatah Hidung Tak Mancung Tapi PIpi Tersorong-sorong.Malah sehingga ada cerxca mencerca u dan si ini.

Itulah yang tersirat dihati mereka yang bercita tinggi walaupun realiti 100 peratus dimata hati rakyat mereka ini memang tidak layak.Yang tersurat belum menjadi kenyataan apa2 pun, mana pucuk pimpinan di bahagian2 UMNO pun tidak memikirkan soal ini.Paling jelas yang tersurat apa yang berlaku dalam Perwakilan UMNOI Bahagian Sungai Petani pada 11 Julai 2010 yang lalu. Realiti sebenar tidak siapa pun menduga kekecuhan sebegini boleh berlaku  sehingga terdapat sampai 3 AMT yang menjadi pemerhati ketika perwakilan bahagian ini berjalan. Sungai Petani bahgian UMNO dalam negeri Kedah yang selalu bergolak dan tak henti2 bergolak.Pimpinan UMNO harus mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah sebegini, dalam UMNO bahagian lain pun ada terdapat masalah seperti yang terdapat di Sungai Petani cuma kemungkinan besarnya ahli2 UMNO bahagian lain lebioh sayangkan UMNO selaras dengan cogankata Bersatu Bersetia Berkhidmat.

Tapi apa pun saya berpendapat dalam UMNO bahagian saolah2 telah nampak sedikit perubahan hasil kesedaran ahli2 di atas kekalahan BN kepada PR dalam PRU yang lalu. Realiti sudah terdapat beberapa UMNO bahagian yang sudah menjalankan persidangan perwakilan masing2 menunjukkan sifat tolak ansur antara mereka baik yang duduk di atas maun pun yang duduk di bawah. Bahagian Alor Setar yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah contohnya walaupun pada asalanya terdapat sehingga 20 orang calon yang ingin menjadi wakil ke Pergong pada bulan Oktober ini pada saat2 akhir ketika ajenda pemilihan G7 ini hanya gam2 7 calon sahaja yang tinggal dan otomatiknya mereka ini menang tanpa bertanding, begitu juga dengan apa yang terjadi di UMNO Bahagian Sik.

Apa yang tersirat ialah bagaimana Ketua UMNO Bahgian Kulim/ Bandar Baharu sejak  sejak dipimpin oleh Kadiaq (sekarang Tan Seri) dapat mengawal keseluruhan ahlinya bertahun2 lama sehingga acapkali ada pemilihan tiada pertandingan malah persidangan perwakilan hanya berjalan dalam jangka masa yang cukup singkat, singkat dari majlis perasmian itu sendiri.Dulunya ada juga mereka yang cuba2  untuk memecahkan tradisi meneng tanpa bertanding ini (kononya  tak demokratik kata mereka, akhirnya mereka2 ini tersungkur dan terkambus juga) Soalnya apakah sikap dan naluri yang ada pada keseluruhan ahli2 UMNO, mereka2 ini menjadi adakah untuk berjuang untuk anak cucu mereka kelak atau untuk mencari peluang2 tertentu dalam UMNO.

Jika diuruti Perlembagaan UMNO itu sendiri sudah tersurat soal Bersetia Bersatu dan Berkhidmat, namum semua ini dilemparkan ketepi, ajenda peribadi menjadi utama dengan dorongan hawa nafsu untuk menjadi hero kepada kumpulan2 tertentu sahaja. Saya agak rapat juga dengan kebanyakkan ketua2 UMNO dalam bahagian Kulim/ Bandar Baharu, rata2 yang kenali baik yang baru maupun yang mereka2 ini menjadi ketua sekadar sayangkan UMNO itu sendiri, kalu diikutkan hati mereka ingin melepaskan jawatan sahaja dan menumpukan pada soal ibadat, tetapi disebabkan ada terdapat juga puak2 yang bernafsu tinggi melobi sana sini siang malam , mereka2 ini gagah juga padahal hakikatnya tidak menjadi ketua 200 kali lebih baik, ada yang kurang terluang masa untuk keluarga dan untuk menambah pendapatan sendiri (lebih2 lagi ketika kalah  ini)  . Kebanyakkan ketua2 cawangan ini sudah tua dan tersangat tua, sehingga menjadi modal mereka2 yang muda yang bercita2 tinggi untuk mangambil alih tempat mereka ini. Realiti sesiapa saja yang menjadi ketua dan bila tua kelak tiada siapa yang akan mengenang dan kenang jasa mereka, malah ada yang sudah meninggal dunia keluarga mereka lansung tak diambil tau oleh UMNO sendiri, tidak ada siapa2 pun yang diatas menjadkan mereka ini ajenda no 1 atau no 3.

mohon berhenti rehat , akan disambung kelak.Insyallah.

2 ulasan:

  1. Memang betul lah apa yang tersirat dan tersurat dalam blog saudara ini, malah ada lebih teruk lagi yang berlaku dala umno itu sendiri..terjun dan terjahlah ke kampung2 untuk mengetahu realitinya.terima kasih

    BalasPadam
  2. terlalu banyak spelling error la...tlg la recheck dulu before post it in your blog

    BalasPadam